Untuk ibu hamil beberapa
supplement boleh diamalkan seawal trimester 1 untuk memastikan kandungan yang
sihat dan badan ibu kekal bertenaga dan cergas.
Supplement Set Ibu Hamil ini
boleh juga diteruskan bagi Set Bersalin.
VITALEA IRON FORMULA
Membekalkan keperluan asas kesemua 12
jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan ibu mengandung dengan tambahan zat
besi. Zat besi penting ketika mengandung kerana ia bahan penting dalam
menghasilkan sel darah merah. Sel darah merah yang mencukupi adalah diperlukan
untuk mengangkut oksigen kepada janin untuk proses tumbesaran
B COMPLEX
B Complex terdiri dari 8 jenis
vitamin B yang diperlukan oleh ibu mengandung bagi fungsi normal sistem badan.
Asid Folik adalah salah satu vitamin B yang sangat penting dalam pertumbuhan
otak, saraf dan tulang belakang bayi. Kekurangan asid folik semasa mengandung
boleh menyebabkan kecacatan tulang belakang pada bayi.
VITAMIN C
Vitamin C juga memainkan peranan
penting semasa mengandung. Ia membantu pembentukan kolagen bagi membina otot,
tulang dan kartilaj bayi. Ia juga membantu penyerapan asid folik yang lebih
baik oleh tubuh. Selain itu sebagai anti oksidan, vitamin C penting untuk
ketahanan tubuh ibu mengandung yang mudah mendapat jangkitan penyakit.
OSTEMATRIX
Kalsium, Magnesium dan Vitamin D
adalah bahan penting di dalam Ostematrix Shaklee. Jika ibu mengandung kurang
mengambil makanan berkalsium semasa mengandung, sistem badan akan mendapatkan
kalsium dari tulang ibu untuk dibekalkan kepada bayi. Kesannya, ibu akan mudah
mendapat masalah tulang seperti osteoporosis, tulang rapuh dan lemah di
kemudian hari. Pengambilan Magnesium semasa mengandung boleh membantu masalah
sukar tidur dan kekejangan semasa mengandung. KekuranganVitamin D pula semasa
mengandung pula boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kehamilan dan kelahiran
seperti preclampsia, riket dan tulang yang tidak normal pada bayi yang
dilahirkan.
OMEGA GUARD
Pakar pemakanan berpendapat,
pengambilan Omega 3 oleh ibu mengandung dapat membantu perkembangan otak,
sistem saraf dan mata bayi di dalam kandungan. Ada kajian mendapati pengambilan
DHA dan EPA boleh mengelakkan kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat dan
merendahkan risiko pre-eklampsia. Selain itu, kekurangan omega 3 pada ibu
dikatakan boleh menyebabkan ibu mudah mendapat tekanan termasuk 'meroyan'
selepas bersalin.
ENERGISING SOY PROTEIN (ESP)
ESP adalah minuman protein dari soya yang mengandungi kesemua 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Asid amino adalah bahan penting dalam pembinaan dan pembaikan sel, diperlukan dalam tindakbalas enzim dan kimia badan serta fungsi tubuh sistem badan. Pengambilan ESP oleh ibu mengandung membantu masalah keletihan akibat morning sickness, kandungan yang semakin membesar dan ibu yang aktif. Ia membekalkan tenaga selama berjam-jam serta membantu mengurangkan masalah pedih ulu hati dan rasa lapar berlebihan semasa mengandung.
Mahu kekal sihat , cergas dan ceria di saat sedang hamil ?! Dapatkan SET SUPPLEMENT UNTUK IBU HAMIL ini segera dengan harga yang SUPER ISTIMEWA sempena minggu gaji ni (6_^)
NORRITA RAHMAN / 016-6909484 / MAYBANK : 101413191240 /CIMB :05040846971528


No comments:
Post a Comment